BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 23, 2009

RAMPAI BUDAYA...suatu rancangan yang menarik..=)


Melalui siaran Kelantan FM pada setiap hari Khamis, pukul 5.15 hingga 6.00 petang, rancang-an Rampai Budaya: Kayanya Bahasa Kita ke udara. Rancangan yang memper-kenalkan dialek Kelantan yang digunakan dalam komunikasi sosial ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat penggunaan dialek dan maknanya daripada penduduk di negeri Kelantan.Melalui rancangan ini, satu perkataan diperkenalkan pada setiap rancangan manakala pendengar berpeluang memberikan maklum balas mengenai maksud dialek dan perkataan lain yang digunakan di tempat mereka. Rancangan ini dikendalikan oleh dua orang Munsyi Dewan, iaitu Tuan Haji Mohamed Haron dan Encik Abdullah Yassin. Sejak ke udara, rancangan ini berjaya memperkenalkan dan mengumpulkan lebih kurang 300 patah perkataan popular yang sering digunakan. Antara perkataan tersebut ialah bojeng yang bermaksud ‘gaya rambut’, kuis (gerakkan benda dengan kaki), selak (pengsan), papah (guntingan pendek rambut), irek (pijak), kuca bara (suasana yang bersepah) dan gelap gelemak (hitam yang amat sangat). Rancangan yang diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman gene-rasi muda tentang penggunaan bahasa lama yang jarang digunakan tetapi juga dapat me-ngumpulkan kata dialek yang memperkaya perbendaharaan kata bahasa Melayu.

dr:BERITA HARIAN Rabu, 17 Oktober 2007

0 comments: