BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 13, 2009

hari2 yg mendebarkan...

minggu nie...minggu yg amat menakutkan bg dak2 linguistik...he2..minggu pembntangn proposal. Hari pertama perbntgn...macam2 ragam cara pembntangan dilihat dan banyk komen berkaitan kajian ilmiah oleh penyarah kepada para pembntg.
=) ...hari kedua pembntagn dikatakan amat mncabar kerana ...he2 En.Azlan juga turut serta meyaksikn pembentngn nanti...
kpada kawan2 yg bntg esok...moga semuanya brjalan lancar...jdkn masalah yg dtg...suatu cabaran....

Monday, September 28, 2009

salam semua..

(poster yg aku punya...he3..menarik x....)

balik kg raya...rasa kjap jo..dah nk kena datang kampus balik. sampai je kat kampus...pikir sal tugasan yang kena buat...he3 banyak tol. Hari khamis niii1 OKTOBER 2009 ..kitaorang dak2 Linguistik ada buat satu program SEMINAR SEHARI LINGUISTIK KOMPUTER(SILK).Dalam program 2 setiap kump perlu mempersembah poster masing-masing berkaitan teknologi mempengaruhi bahasa.




Wednesday, September 16, 2009

=) selamat hari raya..


selamt hari raya dak2 linguistik semua...dksempatan niii, tie ha ingin memohon maaf skranya ada salah dan slap yg tie ha buat.....

Tuesday, August 25, 2009

adoiiiii....bnyaknya kerja..


setiap hari..aku rasa semkin bertmbah kerja yang aku prlu buat...dah la hari jumaat nie ada exam mid term...ari selasa depan ade kuiz Ling Komputr. Hari niii dapat lagi 2 kerja yang perlu disiapkan...kerja untuk ling dan komputer n assgment sosiologi desa. adoiii...bnyaknya kerja..peta kosa ilmu dan metodologi kajian pon belum siapkan lagi . semakin bertambah kerja niii...semakin 2 la aku tak tau nak mulakan yang mana dulu...waaaaa~~~tolong kawan2...

Sunday, August 23, 2009

RAMPAI BUDAYA...suatu rancangan yang menarik..=)


Melalui siaran Kelantan FM pada setiap hari Khamis, pukul 5.15 hingga 6.00 petang, rancang-an Rampai Budaya: Kayanya Bahasa Kita ke udara. Rancangan yang memper-kenalkan dialek Kelantan yang digunakan dalam komunikasi sosial ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat penggunaan dialek dan maknanya daripada penduduk di negeri Kelantan.Melalui rancangan ini, satu perkataan diperkenalkan pada setiap rancangan manakala pendengar berpeluang memberikan maklum balas mengenai maksud dialek dan perkataan lain yang digunakan di tempat mereka. Rancangan ini dikendalikan oleh dua orang Munsyi Dewan, iaitu Tuan Haji Mohamed Haron dan Encik Abdullah Yassin. Sejak ke udara, rancangan ini berjaya memperkenalkan dan mengumpulkan lebih kurang 300 patah perkataan popular yang sering digunakan. Antara perkataan tersebut ialah bojeng yang bermaksud ‘gaya rambut’, kuis (gerakkan benda dengan kaki), selak (pengsan), papah (guntingan pendek rambut), irek (pijak), kuca bara (suasana yang bersepah) dan gelap gelemak (hitam yang amat sangat). Rancangan yang diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman gene-rasi muda tentang penggunaan bahasa lama yang jarang digunakan tetapi juga dapat me-ngumpulkan kata dialek yang memperkaya perbendaharaan kata bahasa Melayu.

dr:BERITA HARIAN Rabu, 17 Oktober 2007

Friday, August 21, 2009

=).....................

=) ank2 saudara yg comel...hu3

abgku dgn k.ipar
...keluargaku tercinta...

sELaMaT bErPuAsA...


Besi itu kuat,tp API mampu m’cairkannya…
API itu kuat,tp AIR boleh memadamkannya…
AIR itu kuat,tp MATAHARI BLEH sejatknnya…
MATAHARI itu kuat,tp AWAN mampu menahannya…
AWAN itu kuat,tp AWAN ditiup ANGIN…
ANGIN itu kuat,tp GUNUNG mampu menahannya…
GUNUNG itu kuat,tp MANUSIA mampu meratakannya…
MANUSIA itu kuat,tp NAFSU dapat kalahkannya…
NAFSU itu kuat,tp IMAN dapat kawalkannya…
IMANlah terkuat antara smua…
Hargailah Iman yg wujud dlm hati kite…
MOga dilindungi Allah slalu…
Salam ramadhan…buat kawan2 semua...
Ampun maaf jika ada salah n slap…

Thursday, August 13, 2009

kenali fungsi otak...


Mengenali otak manusia sebenarnya seperti kita membuka satu “motherboard” sebuah komputer yang akan menjelaskan bagaimanakah sebuah sistem komputer itu berkerja, kekuatan (kelajuan) komputer tersebut, kekuatan memorinya (RAM), kesesuaian pengunaan komputer tersebut (untuk kegunaan personal , kegunaan pejabat, penggunaan programmer dan seterusnya) dan sebagainya.

Begitu juga bagi Otak manusia; mengenali dan memahami susunan otak dan komponen/komposisi otak seakan memberitahu kita siapakah indivudu itu sebenarnya, kemampuannya dan bagaimana seseorang individu itu berinteriksi serta bertindakbalas dalam kehidupannya (Malahan sudah tentu lebih kompleks dari komputer).

Otak manusia terdiri dari belahan atau hemisfera otak kiri dan kanan (selain mempunyai 3 susunan lapisan- insya Allah nanti saya kongsikan bersama) :-

Otak kiri banyak dikaitkan dengan fungsi akademik yang terdiri dari kemampunan bercakap, kemampuan berbahasa, membaca tulisan, logik, angka, analisis, dan lain-lainnya. Biasanya ia diidentitikan dengan kecerdasan analitik atau intelek. Maksudnya otak kiri kita ini banyak berkait dengan kemampuan matematik, analisis dan kemampuan berfikir secara sistematik. Cara kerja otak ini sangat rapi, dan terstruktur/tersusun. Biasanya otak kiri ini sangat bermanfaat digunakan untuk memahami hal-hal yang kompleks dan perlu pemikiran yang mengkhusus. Individu yang biasanya lebih menggunakan otak kiri adalah seorang penganalisis, pengkaji, Ahli matematik atau saintis.

Sementara Otak kanan pula adalah tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama musik, imaginasi, fantasi, warna, pengenalan diri dan orang lain, hubungan sosial dan pengembangan keperibadian. Jika individu yang banyak yang mengatakan otak kiri dilabel sebagai pengendali IQ (Intelligence Quotient), otak kanan pula memegang peranan penting bagi perkembangan EQ (Emotional Ouotient). Fungsi dari otak kanan ini adalah untuk mengurus pola berpikir kreatif manusia, contohnya adalah kemampuan komunikasi (lingusitik). Cara kerja otak kanan ini biasanya tidak terstruktur, dan cenderung tidak memikirkan hal-hal yang terlalu khusus iaitu bertentangan dengan otak kiri. Contoh orang yang mengunakan otak kanan dibandingkan otak kirinya adalah seorang seniman, pelukis dan sebagainya.

Saya percaya anda tentu perasan bagaimana sesetengah individu akan mempunyai kelebihan pada nombor, lebih rasional atau logik hingga kelihatan sangat “terikat” dengan peraturan dan protokol yang menyebabkan ia boleh kelihatan seperti “robot”.

Sebaliknya , terdapat pula sesetengah individu yang sangat kreatif, berjiwa seni, sangat natural dan kerap kelihatan berada di dalam suasana yang semulajadi. Mereka seperti seorang artis, pelukis, pelakon, ahli muzik, pereka dan sebagainya.

May 8th, 2009 | By Admin | Category: Super Brain

Wednesday, August 12, 2009

...first presentation...


Hari selasa baru niii...adalah first presentation HA berkenaan dengan permasalahan kajian dengan objektif kajian. Dalam presentation Pn.harishon banyak bagi komen dan bagi pandangan apa yang perlu dimasukkan dalam permasalahan kajian....

Saturday, August 8, 2009

khas untuk semua...bacalh moga2 bermanfaat untuk kita bersama..

Anak Soleh

ciri – ciri anak soleh dan solehah???


1 ) Mentaati kedua ibu bapa

Anak yang soleh dan solehah ini sentiasa mentaati ibu bapa mereka selagi mana ia tidak terkeluar dari syarak…Kita yang sebagai anak ni adakah sentiasa mentaati kedua ibubapa kita ??? cube kita renung dan muhasabah balik diri kita…adakah kita pernah menaikkan suara di depan mereka ataupun kita pernah menyakiti hati mereka ???
Moga-moga kita tidak tergolong didalam golongan di atas…

Firman ALLAH di dalam surah AL-ISRAA’ ayat yang ke 23 juzuk yang ke 15 yang bermaksud : “ Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain DIA ( ALLAH ) dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa mu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali jangan kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ ah “ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka ucapan yang mulia “.

Disini dapat kita melihat betapa untuk kita hendak menjadi anak yang soleh dan solehah perlu mengelakkan diri kita daripada berlaku kasar kepada kedua ibubapa kita apatah lagi meninggikan suara dihadapan mereka ketika mereka sudah lanjut usia…sentiasalah kita berdoa kepada kedua ibubapa kita dengan doa yang setiap kali kita baca selepas selesai solat : “ Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku , kasihani mereka sepertimana mereka mengasihiku dan mendidikku sejak kecil lagi “.amiin…

2 ) Tingkahlaku dijaga dan akhlak dipelihara.

Anak soleh dan solehah sentiasa menjaga tingkah laku daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengaibkan diri…apatah lagi melakukan perkara yang boleh mendatangkan malu kepada keluarga…Tidak dinafikan manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa terutama dosa kecil yang kadang kala kita tidak perasaan perkara yang kita buat itu mendatang dosa…tetapi ALLAH itu Maha Pengampun…apabila kita melakukan dosa , cepat-cepat kita beristiqfar dan memohon ampun kepada Yang Maha Esa…Untuk menjadi anak yang soleh dan solehah perlu kita menjaga akhlak kita,kerana akhlak merupakan faktor utama untuk menjadi anak yang soleh dan solehah, jika akhlak kita tidak dijaga tidak mungkin kita akan menjadi anak yang soleh dan solehah…

3 ) Amalan dijaga kerana Yang Maha Esa

Anak yang soleh dan solehah perlu menjaga amalan , dan amalan itu adalah semata-mata kerana Yang Maha Esa…Kadang-kadang kita sebagai manusia ini juga ada culas didalam melakukan amalan kepada Allah terutamanya di dalam solat…untuk menjadi anak yang solehah dan solehah perlu mendahulukan perkara yang wajib seperti solat diawal waktu…macam mane kita mahu menjadi anak yang soleh dan solehah jika solat kita tidak dijaga…apabila solat
kita dijaga insyaAllah,amalan – amalan kita akan menjadi lebih teratur…selain itu juga untuk menjadi anak soleh dan solehah ialah perlu menjadikan al-quran sebagai sahabat karib dikala senang dan susah…sentiasa basahi lidah dengan al-quran dan zikrullah…insyaAllah,untuk menjadi anak yang soleh dan solehah ada didalam setiap diri setiap mereka yang bergelar anak.

4 ) Tiada cinta selain cinta kepada Allah, Tiada rindu selain rindu kepada Rasulullah

Cinta merupakan fitrah bagi setiap manusia kerana manusia sememangnya memerlukan pasangan , Bagi anak yang soleh dan solehah, cinta Allah mengatasi cinta segala-galanya…apabila cinta Allah telah bertakhta dihati, cinta kepada Rasulullah adalah cinta seterusnya dan cinta ibubapa selepas itu…tiada istilah couple bagi setiap insan yang belum berkahwin kerana ia adalah nafsu semata-mata…bercinta selepas kahwin adalah nikmat yang paling berharga bagi setiap pasangan itu…oleh itu, bagi pasangan yang telah telanjur bercinta apa kata halalkan perhubungan itu dengan perkahwinan…nak jadi anak soleh dan solehah tak ??? Bila bercinta , mesti ada perasaan rindukan ??? Persoalannya, adakah rindu kita pada Rasulullah lebih lagi ataupun rindu pada kekasih mengatasi segala-galanya ??? Perkara ini sebenarnya tidak dapat dinafikan bilamana kita melihat sendiri anak-anak muda kita bilamana teknologi semakin canggih, perasaan itu boleh diluahkan melalui pelbagai cara seperti di handphone melalui ‘sms’…yahoo messenger dan sebagainya…tetapi kita kena ingat, biarlah rindu pada Rasulullah mengatasi segala-galanya…itulah ciri-ciri ingin menjadi anak soleh dan solehah.

5 ) Kasih sayang hanya pada ibubapa, Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi…

Anak soleh dan solehah perlu meletakkan kasih saying ibubapa yang paling utama daripada kasih sayang selain mereka kerana tanpa mereka tidak mungkin kita dilahirkan kedunia ini.Kita boleh melihat pengorbanan seorang ibu yang menanggung keperitan dan kepayahan mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari.Ibu jugalah yang sanggup bersengkang mata apabila anak tidak tido malam apatah lagi jika anak itu sakit,ibu jugalah yang akan menjaga kita.Jadi betapa kita wajib memberikan kasih sayang kepada ibu kita.Bapa juga tidak kurangnya,mencari rezeki untuk memberi makan kepada anak-anak dan menghantar anak-anak untuk menuntut ilmu.Apakah kita tidak merasakan betapa besar pengorbanan bapa kepada setiap anak…

Guru merupakan ibubapa kedua kita apabila berada disekolah…tiada guru yang mengajar anak murid mereka untuk bersikap biadap apatah lagi mengajar perkara – perkara yang tidak berfaedah…mereka semua mahu anak-anak murid mereka berjaya dan menjadi insan yang berguna untuk keluarga dan masyarakat..itulah sifat bagi seorang anak soleh dan solehah iaitu mengasihi dan menghormati guru-guru.

Anak soleh dan solehah juga perlu mengasihi teman-teman, tetapi sebelum itu biarlah mencari teman yang memberikan faedah kepada kita dengan saling ingat mengingati antara satu sama lain…bukan sekadar kawan biasa…sanggup berkorban dikala susah dan senang…itulah sebaik-baik teman…

Pesanan untuk anak lelaki

Buat anak lelaki…tanggungjawab sebagai anak lelaki lebih besar daripada anak perempuan…kerana apabila seseorang bapa telah kembali bertemu dengan Maha Pencipta, maka anak lelakilah yang perlu memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga…menjaga ibu dan keluarga…Oleh itu,apa yang perlu anak lelaki buat adalah, perlu mendalami ilmu terutama ilmu agama…jika kita melihat pada zaman sekarang, apabila berlaku kematian keluarga, terutama ibu bapa, ada anak-anak yang telah menswastakan untuk menguruskan jenazah ibu bapa mereka, anak-anak hanya perlu membayar…ini bukanlah ciri-ciri dan sifat-sifat anak yang soleh dan solehah…justeru itu perlulah anak lelaki perlu mendalami ilmu agama…anak lelaki juga perlu menjadi imam didalam solat sekiranya ibubapa suruh, bilamana solat berjemaah dirumah, keakraban dan kebahagian dalam keluarga itu terpancar…anak lelaki juga perlu menjaga dan membimbing keluarga terutama yang ada kakak atau adik perempuan…tanggungjawab anak lelaki adalah memastikan mereka ini menjaga aurat dan batas-batas pergaulan.


Pesanan untuk anak perempuan

Buat anak perempuan, tanggungjawab anda tidaklah seberat tanggungjawab anak lelaki, tetapi tidaklah anda sebagai anak perempuan mengambil kesempatan daripada itu…anak perempuan perlu menjaga aurat dan batas pergaulan mereka…dari segi aurat, anak perempuan perlu melabuhkan tudung hingga ke dada dan tidak memakai pakaian yang menjolok mata ataupun pakaian yang ketat…sesungguhnya bilaman seorang anak perempuan itu melakukan dosa , bukan sahaja diri sendiri yang menanggung dosa, tetapi bapa juga menanggung dosa anak perempuan itu…apakah anda tidak ada rasa kasih sayang kepada seorang bapa??? Amat kejam kepada mereka yang melakukan perkara sedemikian…ingatlah, sesungguhnya amat mudah mereka yang bergelar wanita itu untuk masuk syurga dan amat mudah juga untuk masuk ke neraka…ambillah untuk mudah masuk syurga dengan sentiasa mentaati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya…untuk memilih calon suami, carilah calon suami yang bukan sahaja tahu asas dalam agama tetapi mampu membimbing seorang isteri…yang boleh menjadi imam dalam keluarga, dan mampu bertanggungjawab dalam keluarga….

“ Anak soleh dan solehah sebagai harta, hai ibubapa kami pertama anda, tidak jemu berdoa , agar sejahtera terpelihara”.

dr:http://ibnuazman.blogspot.com/

hu3 dugaan-dugaan....

hari khamis baru niii...dah rasa xsedap badan, rasa nak demam yerrr tapi cuba gak prgi kelas metod pagi 2.lepas kelas terus jerrr jumpa pn.harishon..n nampaknya kena tukar tajuk tesis....huhuhuhu...terpaksa cari kosa ilmu...pas 2 pulak kena buat permasalahan kajian dengan objektif kajian yang baru lak.
yang paling risaunya masa 2 takut xsempat nak buat semua niii coz hari sabtu n ahad ada traning palapes...hanya hari jumaat jerr masa 2 agak lapang.

tapi..........
tiba2 jerr malam 2 demam, batuk...hu3 timbul macam2 dugaan..
esokkannya langsung xboleh nak bangun...letih sangat rasa badan.Nampaknya tergendalalah hasrat nak p cari kosa ilmu kat PTSL.

traning palapes hari sabtu...rasanya xnak pergi jerr.tapi terpaksa gak pergi coz tak buat surat.takut nanti kena marahhhh...he3...biasa la palapes punya peraturan. Balik traning...malam 2 terus nyerrr tulis surat ketidakhadiran untuk traning hari ahad..terpaksa abil keputusan tak pergi latihan palapes...coz banyak sangat kerja yang belum diselesaikan..kosa ilmu belum cari lagi,permasalahan kajian dengan objektif belum buat lagi n tak baca sepatahpon lagi bahasa sepanyol untuk kuiz hari isnin akan datang...hu3 memang banyak kerja...minta2 sempat la selesaikan semua niii.
Berkat doa ibu trsayang...INSYALLAH..moga2 perjalanan hidup sehari-hari berjalan dengan lancar dan dirahmati ALLAH SWT..

Tuesday, August 4, 2009

istimewa untuk wanita...renungkanlah...


Teristimewa….
Sahabatku,

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi,bukan diciptakan drpd kepala utk disanjung dan dipuja,bukan pula diciptakan drpd kaki utk dipijak dan dijadikan hamba sahaya.Lantaran drpd keindahan ciptaanmu itu,kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang utk mendekatimu.Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pd sang kumbang?
Renunglah pd keindahan bunga mawar yg uggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya.Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian.Kilauan warnanya yg memancar indah menjadi tarikan.Namun, lantaran pagaran duri yg berbisa itu,sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yg terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya…
Sahabatku,
Akuilah hakikat kejadianmu yg menjadi pelemah keimanan lelaki.Seandainya pakaian malu kau tinggalkan drpd tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan,jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yg indah tp sayang tidak berduri.Kau tidak layak lagi dimahkotakan sbg si mawar berduri.
Sesungguhnya utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,
‘ Tidak ada fitnah yg lebih besar setelah wafatku selain drpd fitnah yg berpunca drpd wanita.’ Adakah kamu mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?
Ingatlah sahabatku,
Ingatlah ciri2 wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yg diizinkan.Sesuatu yg tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dgn sesuatu yg terdedah.Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika engkau memelihara dirimu sbg hadiah yg kudus,suci,mahal dan berharga buat kumbang terpilih yg telah dijanjikan Allah buatmu.
Indahnya hidup ini andai melayarinya dgn bernaungkan Allah,bertunjangkan ilmu dan kebenaran,bersulam akhlak penuh menawan.Sesungguhnya,wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam…
‘ Wanita yg baik itu adalah utk lelaki yg baik….’
Ya Allah, jadikan kami bidadari syurga….
Uhibbuki fillah…

Sunday, August 2, 2009

tesis....oh tesis...

adoiiiiii....peningnya memikirkn tajuk tesis niii.tajuk dah jumpa tapi..masalahnya sekarang xtau skop kajian,nak kaji berkaitan bahasa iklan dalam radio @ kaji tentang penggunaan bahasa dalam radio.
bertambah pening lagi......
hari selasa dah nak kena bentang permasaalahan kajian dengan objektif kajian..
ahhhhhhhhhhhh....pening2

Apa itu bahasa.............???

Bahasa adalah penggunaan kode yang merupakan gabungan fonem sehingga membentuk kata dengan aturan sintaks untuk membentuk kalimat yang memiliki arti. Bahasa memiliki berbagai definisi. Definisi bahasa adalah sebagai berikut:

1. satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, gagasan dan keadaan.
2. satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan sebarang maklumat dalam
proses komunikasi.
3. satu kesatuan sistem makna
4. satu kode yang yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membedakan antara
bentuk dan makna.
5. satu ucapan yang menepati tatabahasa yang telah ditetapkan (contoh :-
Perkataan, kalimat, dan lain lain.)
6. satu sistem tuturan yang akan dapat dipahami oleh masyarakat linguistik.

Bahasa erat kaitannya dengan kognisi pada manusia, dinyatakan bahwa bahasa adalah fungsi kognisi tertinggi dan tidak dimiliki oleh haiwan. Ilmu yang mengkaji bahasa ini disebut sebagai linguistik, atau pakar bahasa.

Saturday, August 1, 2009

Pencemaran bahasa…..adakah ia wujud????

DALAM sistem hidup manusia, bahasa berperanan sebagai pengawal kepada proses ketamadunan. Ibnu Khaldun dalam ‘Mukaddimah’ menyatakan bahawa sesebuah negara wujud akibat daripada wujudnya bahasa dan budaya dalam proses pembinaan tamadun dan peradaban manusia. Sesuatu bangsa itu tidak teguh jika tidak dipertahankan bahasa dan budayanya. Dengan ini,kita dapat lihat betapa pentingnya bahasa dalam membina tamadun sesebuah Negara. Di Negara kita pada hari ini….wujud satu istilah yang sering digunakan oleh ahli-ahli bahasa berkaitan dengan bahasa itu sendiri iaitu pencemaran bahasa . pencemaran bahasa merujuk kepada beberapa aspek bahasa yang dianggap sudah ‘rosak’, apabila dicampuradukkan dengan bahasa lain, tatabahasa ditunggang-terbalikkan, nahu bahasa tidak dihiraukan, tertib bahasa hilang sama sekali. Misalnya menurut Nik Safiah Karim (1986), pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat.
Adakah pencemaran bahasa ini sememangnya wujud????....
Berdasarkan apa yang kita faham tentang pencemaran bahasa…ianya sememangnya wujud dan berlaku dalam komunikasi kita pada hari ini. Misalnya salah satu pencemaran bahasa yang jelas wujud dalam komunikasi seharian kita iaitu berlakunya proses pencampuran kod yang dilihat sebagai mencampuradukan bahasa Melayu dengan bahasa asing. Contohnya:-
1. "Tahniah ah Zamri kau naik pangkat ah, and don't forget to belanja us makan."
2. “Kau memang terror (hebat) la!”
Pencemaran bahasa yang berlaku ini perlu dibendung dari terus berleluasa….bagi memastikan bahasa kita terus terpelihara dari segala pencemaran bahasa yang wujud….

tatapan buat semua..

Seuntai madah untuk dihayati, setitis ilmu bisa mencairkan selautan kejahilan yang bersarang di pelupuk rona hati, iman itu dinding taqwa. sedangkan taqwa itu perisai hati, yang memusnahkan pastilah nafsu. Dilayan jangan, dilawan pun jangan, dididik perlu, diasuh mesti. Apapun yang terjadi ikhlas menjadi ubat penawar segala2nya. Yakin pada Allah, kejayaan pasti menanti dirimu..

salam perjuangan buat semua kawan-kawan ku.....