BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 1, 2009

Pencemaran bahasa…..adakah ia wujud????

DALAM sistem hidup manusia, bahasa berperanan sebagai pengawal kepada proses ketamadunan. Ibnu Khaldun dalam ‘Mukaddimah’ menyatakan bahawa sesebuah negara wujud akibat daripada wujudnya bahasa dan budaya dalam proses pembinaan tamadun dan peradaban manusia. Sesuatu bangsa itu tidak teguh jika tidak dipertahankan bahasa dan budayanya. Dengan ini,kita dapat lihat betapa pentingnya bahasa dalam membina tamadun sesebuah Negara. Di Negara kita pada hari ini….wujud satu istilah yang sering digunakan oleh ahli-ahli bahasa berkaitan dengan bahasa itu sendiri iaitu pencemaran bahasa . pencemaran bahasa merujuk kepada beberapa aspek bahasa yang dianggap sudah ‘rosak’, apabila dicampuradukkan dengan bahasa lain, tatabahasa ditunggang-terbalikkan, nahu bahasa tidak dihiraukan, tertib bahasa hilang sama sekali. Misalnya menurut Nik Safiah Karim (1986), pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat.
Adakah pencemaran bahasa ini sememangnya wujud????....
Berdasarkan apa yang kita faham tentang pencemaran bahasa…ianya sememangnya wujud dan berlaku dalam komunikasi kita pada hari ini. Misalnya salah satu pencemaran bahasa yang jelas wujud dalam komunikasi seharian kita iaitu berlakunya proses pencampuran kod yang dilihat sebagai mencampuradukan bahasa Melayu dengan bahasa asing. Contohnya:-
1. "Tahniah ah Zamri kau naik pangkat ah, and don't forget to belanja us makan."
2. “Kau memang terror (hebat) la!”
Pencemaran bahasa yang berlaku ini perlu dibendung dari terus berleluasa….bagi memastikan bahasa kita terus terpelihara dari segala pencemaran bahasa yang wujud….

0 comments: